MB Terengganu Minta Mangsa Banjir Daftar Dengan JKM - Semasa | mStar

MB Terengganu Minta Mangsa Banjir Daftar Dengan JKM

SETIU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengingatkan mangsa banjir di negeri itu agar mendaftar kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memudahkan penyaluran bantuan susulan.

Katanya, dari segi bantuan keperluan asas termasuk makanan tidak menjadi masalah kerana kerajaan Terengganu sudah bersedia sejak September lepas.

"Apabila banjir melanda, kita terus agih bantuan kepada mereka," katanya kepada Bernama ketika melawat mangsa banjir di pusat pemindahan Kampung Langkap, di sini Isnin.

Beliau diiringi Pengarah JKM negeri, Zuhaimi Omar dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Terengganu, Sha'ari Idris.

Menurut Ahmad, setakat ini proses agihan bantuan makanan dan keperluan asas itu berjalan lancar.

Terdahulu pada sebelah pagi, Menteri Besar Terengganu itu melawat dua pusat pemindahan iaitu di Tepoh, Kuala Terengganu dan di sini yang menempatkan 70 dan 80 mangsa banjir masing-masing.

Mengulas lanjut, Ahmad turut mengingatkan ibu bapa agar tidak membiarkan anak-anak mereka bermain air banjir bagi mengelakkan tragedi.

Terengganu dilanda banjir sejak malam Ahad membabitkan sekurang-kurangnya tiga daerah setakat ini iaitu Dungun, Setiu dan Marang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Mansa Banjir Di Terengganu Meningkat

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain