suria

Mansa Banjir Di Terengganu Meningkat

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat dan setakat pukul 9.30 malam Isnin seramai 1,301 orang berada di pusat pemindahan.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, semua daerah di Terengganu telah dibuka penempatan banjir dengan daerah Kemaman merupakan daerah terakhir membuka satu (1) pusat pemindahan di Balairaya Batu 14 melibatkan enam mangsa (dua keluarga).

Sehingga malam Isnin, sebanyak 30 buah pusat pemindahan telah dibuka.

Pusat pemindahan mangsa banjir yang beroperasi sekarang ialah di Setiu sebanyak 12; Hulu Terengganu (7); Dungun (5); Besut (2); Marang (2), Kuala Terengganu (1), dan Kemaman (1).

Sehingga petang Isnin, daerah Setiu mencatat mangsa banjir teramai dimana seramai 461 orang dipindahkan iaitu melibatkan 128 keluarga di 12 pusat penempatan banjir.

Ini diikuti Hulu Terengganu 154 orang (61 keluarga); Dungun 317 orang (80 keluarga); Besut 101 orang (27 keluarga); Marang 171 orang (41 keluarga) dan Kuala Terenggganu 91 orang (25 keluarga).

Artikel Sebelum

Artikel Lain