suria

Karpal Singh Tegur Dua Pemimpin Parti Terima Gelaran Datuk

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Karpal Singh menegur dua pemimpin parti, Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Teng Chang Khim kerana menerima anugerah Datuk daripada pemerintah negeri, bertentangan dengan prinsip parti yang sudah lama dipegang.

Beliau berkata mengikut prinsip yang dipersetujui oleh ahli-ahli parti sejak pertengahan 1990-an, ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan ahli Parlimen DAP tidak akan menerima anugerah Datuk semasa dalam tempoh jawatan mereka.

"Mulai sekarang, parti akan mengambil tindakan terhadap ahli-ahli yang tidak mengikut peraturan ini," katanya, sambil menambah bentuk hukuman akan diputuskan oleh lembaga disiplin parti itu selepas pendengaran.

Ngeh, yang juga pengerusi DAP Perak, telah dianugerahkan gelaran pada tahun 2008 manakala Teng yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menerima gelaran Datuk pada tahun 2010.

Artikel Sebelum

Artikel Lain