suria

Muhyiddin Adakan Lawatan Sehari Ke Terengganu Hari Ini

KUALA TERENGGANU: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin tiba di sini pagi Sabtu untuk melakukan lawatan kerja sehari ke Terengganu.

Ketibaan beliau dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada kira-kira 8.20 pagi disambut oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said serta beberapa Exco kerajaan negeri.

Muhyiddin dijadual mengadakan perjumpaan tertutup dengan anggota Barisan Nasional (BN) negeri di Pejabat Umno Negeri sebelum menghadiri majlis jamuan rakyat 1Malaysia di Kampung Bahagia, Manir pada kira-kira 11 pagi.

Pada sebelah petang, beliau dijadual mengadakan perjumpaan tertutup dengan pegawai pengurusan tertinggi dan profesional di Stadium Tertutup Gong Badak.

Kemudiannya Timbalan Perdana Menteri akan menghadiri majlis sepetang bersama penghulu, ketua kampung, JKKK, imam dan bilal dari seluruh Terengganu di tempat yang sama sebelum berangkat pulang ke ibu negara. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain