Mayat Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Dengan Kesan Terbakar - Semasa | mStar

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Dengan Kesan Terbakar

JOHOR BAHARU: Polis pada Jumaat menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan dengan kesan terbakar hampir 80 peratus pada badannya di tepi Jalan Salleh, Taman Ungku Aziz di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan Supt Abdul Samad Salleh berkata mayat kanak-kanak yang dianggar berusia setahun itu ditemui pada pukul 4.30 petang oleh orang awam yang kemudian menghubungi polis.

Polis yang bergegas ke tempat kejadian mendapati mayat itu dibungkus dalam beg plastik sebelum dibakar, katanya ketika dihubungi, di sini.

Menurutnya pemeriksaan awal juga mendapati ada kesan lebam pada dahi mangsa.

Polis juga menemui tong berisi minyak petrol dipercayai diguna untuk membakar mayat kanak-kanak malang itu, katanya menambah kawasan kejadian merupakan jalan mati dan jauh daripada pandangan orang awam.

"Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat bayi itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, di sini, untuk bedah siasat," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain