suria

Lebih Banyak Pusat Visa Di India - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa pemimpin ASEAN bersedia menunggu giliran untuk mengibarkan bendera semasa "Flag Down of the ASEAN India Car Rally " kepada kereta Pasukan Malaysia di Vigyan Bhawan di New Delhi, India pada Jumaat. -FotoBERNAMA.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa pemimpin ASEAN bersedia menunggu giliran untuk mengibarkan bendera semasa
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa pemimpin ASEAN bersedia menunggu giliran untuk mengibarkan bendera semasa "Flag Down of the ASEAN India Car Rally " kepada kereta Pasukan Malaysia di Vigyan Bhawan di New Delhi, India pada Jumaat. -FotoBERNAMA.

NEW DELHI: Malaysia bercadang untuk menambah jumlah pusat pengeluaran visa di India untuk menarik lebih ramai pelancong India, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kini hanya terdapat lima pusat, jadi kita berharap untuk mempunyai lebih banyak pusat di India, di bandar raya lebih kecil, yang sebenarnya tidaklah kecil. Ianya lebih kecil daripada segi konteks di India sedangkan ia sebenarnya amat besar," katanya.

Lima pusat itu ialah di New Delhi, Mumbai, Chennai, Calcutta dan Hyderabad, manakala sebanyak 693,000 warga India melawat Malaysia tahun lepas.

"Kita masih belum memanfaatkan sepenuhnya potensi pasaran India daripada segi pelancongan," kata Najib kepada wartawan Malaysia pada akhir Sidang Kemuncak Peringatan Asean-India 2012, di sini pada Jumaat.

Ditanya mengenai bandar raya yang dikenal pasti untuk pusat itu, katanya: "Saya akan bangkitkan perkara ini dan agensi berkaitan akan mengambil tindakan untuk menambah pusat visa di India."

Najib berkata meningkatkan kesalinghubungan adalah satu daripada bidang yang disebut dalam perbincangan pada sidang kemuncak itu. "Perbincangan diadakan secara berterusan daripada segi meningkatkan kesalinghubungan dengan India," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain