suria

Saya Tidak Terlibat Dengan Skandal Seks - Ganesan

IPOH: Speaker DUN Perak, Datuk R. Ganesan menafikan sebarang pembabitan dalam skandal seks dan akan membuat laporan polis mengenai dakwaan tersebut.

"Saya akan meminta pihak polis menyiasat dakwaan. Saya tidak terkejut kerana ia hanyalah cerita yang dibuat-buat," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Beliau mengulas mengenai sampul surat yang diterima V.Sivakumar dan A. Sivasubramaniam di luar perhimpunan awal hari ini.

Sampul surat itu mengandungi artikel yang dicetak dari dalam talian dan cakera padat (CD) dengan gambar lucah, gambar Ganesan dan gambar wanita pada bahagian kulit hadapan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain