Pelajar Maut Tersepit Di Piring Penggerak Traktor - Semasa | mStar

Pelajar Maut Tersepit Di Piring Penggerak Traktor

TELUK INTAN: Seorang pelajar maut selepas terjatuh dan tersepit di piring penggerak traktor di tengah sawah padi Parit 2, Sungai Rambai, Mukim Sungai Manik di sini, Khamis.

Mohd Hishamudin Mohd Najiri, 14, anak ketiga daripada lima adik beradik adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdullah, Chenderong Balai, dekat sini.

Menurut rakannya, Mohd Faiz Talib, 17, mangsa terjatuh ketika cuba memandu traktor tersebut pada kira-kira 2.30 petang.

Mohd Faiz kemudian menghubungi abangnya Razali Talib, 43, yang juga pemilik traktor itu melalui telefon bagi memaklumkan kejadian berkenaan.

Menurut Razali, beliau terus berkejar ke tempat kejadian dan mendapati sebahagian badan sebelah kiri mangsa cedera parah akibat tersepit di piring penggerak traktor tersebut dan mendapati mangsa telah meninggal dunia.

"Saya kemudiannya menghubungi polis yang datang ke tempat kejadian dan mayat telah dihantar ke Hospital Teluk Intan," katanya ketika ditemui di sini.

Jenazah Mohd Hishamudin dikebumikan selepas solat Maghrib di Tanah Perkuburan Islam Parit 1, Chenderong Balai.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Supt Mohd Zaki Harun ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan polis sedang menjalankan siasatan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain