suria

Pekedai Serah Wang Setelah Diacu Pisau Pemotong Daging

KUANTAN: Seorang pemilik kedai serbaneka kerugian kira-kira RM2,000 apabila disamun dua lelaki di kedainya di Jalan Air Putih di sini malam Khamis.

Pekedai berusia 36 tahun itu telah diacukan pisau pemotong daging untuk menyerahkan wang. Ketika kejadian pukul 9 malam itu, mangsa baru sahaja mahu menutup kedainya apabila didatangi dua lelaki berkenaan yang berusia lingkungan 20-an. "Mangsa kemudiannya diarahkan mengeluarkan wang tunai dari dalam laci tempat menyimpan wang serta diugut supaya tidak melawan jika mahu selamat," kata Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supritendan Nordin Mustapha.

Para perompak turut meminta beberapa kotak rokok sebelum melarikan diri, katanya. Polis sedang memburu suspek. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain