suria

Jangan Percaya Skim Pelaburan Guna Jenama 1Malaysia -PPDNKK

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunan (KPDNKK) Sarawak, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman (dua, kiri) menunjukkan pelbagai jenis daging import termasuk ayam belanda pada Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2012 di sini, Jumaat.

KUCHING: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Sarawak mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan skim pelaburan yang menggunakan jenama 1Malaysia.

Pengarahnya Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata orang ramai yang didekati individu atau agen skim pelaburan boleh mendapat pengesahan dengan menyemak status syarikat tersebut dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

"Orang ramai boleh datang ke SSM untuk menyiasat sama ada syarikat pelaburan tersebut berdaftar dengan SSM. "Dalam kes Skim Pelaburan Beras 1Malaysia, hasil siasatan yang dijalankan, syarikat Dynamic Wira Marketing yang menjalankan aktiviti tersebut didapati tidak berdaftar dengan SSM," katanya di sini, Jumaat.

Beliau berkata skim tersebut merupakan satu penipuan dan ia kini disiasat di bawah jenayah sivil oleh pihak polis. Wan Ahmad Uzir mengulas kerugian hampir RM2 juta yang dialami 20 penduduk Kampung Menjau Batu 21 dekat sini yang dilapor telah ditipu seorang individu menerusi skim pelaburan beras.

Kes penipuan itu disedari selepas tawaran dividen lumayan gagal dibayar kepada pesertanya dalam tempoh dua bulan seperti yang dijanjikan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain