GPMS Kedah Mohon KPT Bantu Selesai Isu MQA Kuin - Semasa | mStar

GPMS Kedah Mohon KPT Bantu Selesai Isu MQA Kuin

ALOR SETAR: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah meminta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) campur tangan dan membantu menyelesaikan masalah akreditasi program di Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

Pengerusinya Shamsul Bahar Abd Rani berkata disebabkan Ijazah Sarjana Muda Tahfiz al-Quran dan Qiraat Kuin tidak diiktiraf Agensi Akreditasi Malaysia (MQA), tujuh lulusannya masih gagal mendapat pekerjaan sehingga sekarang.

"...baru-baru ini empat daripada mereka menghadiri temu duga KPLI-JQAF (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain) gagal dalam temuduga itu disebabkan ijazah mereka tiada pengiktirafan MQA.

"Kita juga mendapat maklumat bahawa seorang daripada tujuh graduan tersebut telah memohon jawatan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Kedah tetapi gagal atas sebab yang sama," katanya kepada pemberita, di sini, Jumaat.

Sehubungan itu kata Shamsul Bahar, GPMS Kedah akan menghantar surat kepada kementerian tersebut bagi meminta menyelesaikan segera masalah berkenaan. Jika KPT mahu bertemu dengan tujuh lulusan ini, GMPS Kedah sedia mengatur pertemuan itu, katanya.

Menurutnya GPMS Kedah juga kesal kerana sehingga hari ini pihak pengurusan Kuin masih belum bertemu dan berbincang dengan siswazah terbabit sekalipun telah banyak desakan dibuat.

"Saya merayu kepada pihak Kuin supaya bertanggungjawab dan berjumpa dengan graduan dan juga ibu bapa graduan-graduan tersebut. Kuin perlu menjelaskan kedudukan graduan itu dan cuba selesaikan polemik ini," katanya.

Shamsul Bahar berkata GPMS Kedah juga bersedia menjadi pengantara antara graduan terbabit dan Kuin bagi menyelesaikan kemelut itu.

Tujuh siswazah tersebut menerima ijazah masing-masing pada September lepas tetapi sehingga kini ijazah mereka belum mendapat pengiktirafan MQA.

Mengulas perkembangan lain, GPMS Kedah akan membuka pusat tuisyen di daerah ini dan mengenakan kadar yuran antara terendah iaitu RM20 satu subjek untuk peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, RM23 bagi Penilaian Menengah Rendah dan RM25 untuk Sijil Pelajaran Malaysia.

"Kami juga menawarkan pakej bagi pelajar yang mengambil subjek secara pukal. Kami menyediakan tenaga pengajar yang berpengalaman dengan kelas berhawa dingin dan mempunyai kemudahan jalur lebar," katanya.

"Tempat ini bukan hanya dijadikan pusat tusyen semata-mata malah kita akan jadikan sebagai pusat kegiatan belia. Kita juga sediakan dewan seminar kepada sesiapa sahaja yang mahu mengadakan seminar di sini," katanya.

Beliau berkata untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi 04-7313639. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain