suria

Cuaca Dijangka Mendung Di Semenanjung Semasa Sambutan Krismas

KUALA LUMPUR: Cuaca mendung tetapi tiada hujan dijangka di Semenanjung manakala di Sabah dan Sarawak beberapa kawasan dijangka mengalami hujan sepanjang sambutan Krismas Selasa depan.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hujan dijangka berlaku di Kuching, Sarekei dan Mukah di Sarawak manakala di Sabah hujan dijangka di Kudat dan Sandakan.

Pada sebelah petang pula ribut petir diramalkan berlaku di beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Ribut petir dijangka berlaku di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor manakala di Sarawak pula melibatkan Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah manakala di Sabah melibatkan daerah Sandakan dan kawasan pedalaman.

Sementara itu di negeri-negeri pantai timur Semenanjung, dijangka hujan sekejap-sekejap dan berterusan dari awal pagi hingga malam pada hari tersebut, menurut kenyataan itu lagi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain