Anak & Ibu Ditahan Disyaki Terlibat Kes Pecah Rumah - Semasa | mStar

Anak & Ibu Ditahan Disyaki Terlibat Kes Pecah Rumah

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki warga Myanmar dan ibunya yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes pecah rumah di sekitar kawasan Ampang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supt Nazri Nawawi berkata kedua-dua beranak itu yang berusia lingkungan 20 dan 40-an ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Lembah Maju, Ampang pada 12.20 tengah hari Isnin lepas.

Beliau berkata dalam serbuan itu polis merampas barangan bernilai RM50,000 yang disyaki daripada kegiatan pecah rumah termasuk 11 telefon bimbit, 13 jam tangan, sebuah iPod, 20 rantai leher dan gelang tangan serta beberapa pendrive dan broadband.

"Siasatan mendapati lelaki warga asing yang menganggur itu, mempunyai beberapa rekod jenayah lampau antaranya melibatkan kes ragut dan pecah rumah di sekitar kawasan Dang Wangi dan Klang," katanya kepada pemberita di sini.

Nazri berkata saringan awal air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati, lelaki itu positif dadah methamphetamine manakala ibunya negatif. Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

Dalam kes lain, dua adik-beradik lelaki warga tempatan, yang berusia lingkungan 30-an ditahan apabila mereka cuba melarikan diri semasa serbuan di Taman Tasik Tambahan, Ampang pada Rabu lepas.

Nazri berkata dalam serbuan 3.45 petang itu, polis merampas besi tajam di rumah suspek selain beberapa komputer riba dan pendrive yang disyaki barang curi.

Beliau berkata kedua-dua suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau antaranya melibatkan kes curi kenderaan dan dadah, dan mereka mengaku terlibat dalam beberapa jenayah di kawasan itu termasuk samun.

Katanya mereka didapati positif dadah jenis ganja dan kini ditahan reman sehingga 25 Disember ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyamun. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai.