Sidang DUN Perak Kecoh Isu Tanah Di Kelantan Babitkan Pemimpin DAP Perak - Semasa | mStar

Sidang DUN Perak Kecoh Isu Tanah Di Kelantan Babitkan Pemimpin DAP Perak

IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Khamis kecoh apabila beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) membangkitkan pemberian tanah melibatkan dua pemimpin DAP Perak sebagai habuan bagi melantik Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.

Kekecohan bermula apabila Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib (BN-Slim) yang membahaskan Belanjawan Perak 2013 di persidangan DUN berhubung isu tanah di Perak.

Datuk Rosli Husin (BN-Trong) bangun dan meminta penjelasan mengenai sebidang tanah di Kelantan yang didakwa diberikan kepada dua pemimpin DAP terbabit sebagai pertukaran Nizar dilantik sebagai menteri besar sedangkan DAP memenangi banyak kerusi di Perak berbanding PAS pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12).

Beliau berkata sebelum pelantikan menteri besar sememangnya ada pertikaian antara DAP dan PAS mengenai siapa yang sepatutnya menjadi menteri besar.

Wong Kah Woh (DAP-Canning) yang tidak berpuas hati dengan kenyataan itu mencabar Rosli untuk mendedahkan bukti dakwaannya di luar dewan.

"Sekiranya dakwaan Trong benar perlu bersikap jantan, sekiranya ada bukti buat kenyataan di luar untuk tentukan," katanya.

Khusairi kemudian mendedahkan dua pembeli tanah seluas lebih 4,000 hektar di Gua Musang, Kelantan iaitu Syarikat Efektif Kirana Sdn Bhd dan Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) untuk tujuan pembalakan.

Beliau juga mendakwa transaksi itu juga melibatkan Setiausaha DAP Perak Nga Koo Meng (DAP-Pantai Remis).

Khusairi juga mempersoalkan adakah kerajaan Kelantan yang diterajui Pas turut terlibat dalam memastikan calon daripada parti itu dilantik sebagai menteri besar Perak.

Nizar (Pas-Pasir Panjang) kemudian mendedahkan kononnya beliau ditawarkan jawatan menteri besar jika menyertai Umno selepas keputusan PRU-12 diumumkan.

"Zambry (Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) masa menjadi exco ketika baik dengan abang saya. Dia (Zambry) menghubungi abang saya memberitahu bahawa Adun Pangkor (Zambry) menawarkan saya untuk menjadi menteri besar sekiranya saya menyertai Umno," katanya.

Zambry kemudian bangun dan mendakwa Nizar sekali lagi melakukan pembohongan dan beliau bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak pernah membuat tawaran itu.

"Saya melihat Adun Pasir Panjang ini hidup penuh dengan pembohongan, kalau nak bersumpah saya akan bersumpah dan saya berani bersemuka dengan orang itu (abang Nizar)," katanya.

Tan Sri Tajol Rosli Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) kemudian bangun menjelaskan bahawa Zambry tidak mempunyai kuasa dalam isu pelantikan menteri besar ketika itu memandangkan beliau (Tajol Rosli) adalah Pengerusi Barisan Nasional Perak dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.

Menyambung perbahasan, Khusairi turut mempersoalkan bagaimana pemimpin DAP itu memperoleh duit untuk membeli tanah walaupun hanya 11 bulan pakatan pembangkang memerintah Perak.

Perdebatan itu berterusan sehingga Speaker Datuk R.Ganesan mengarahkan Khusairi menyambung perbahasan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain