Sebanyak 98.8 Peratus Kantin Sekolah Bersih - Ka Siong - Semasa | mStar

Sebanyak 98.8 Peratus Kantin Sekolah Bersih - Ka Siong

PUTRAJAYA: Tahap kebersihan kantin dan dapur sekolah di negara ini semakin baik apabila 98.8 peratus daripada 8,321 kantin sekolah didapati bersih dengan markah 70 peratus ke atas melalui Penggredan Kantin Sekolah dan Dapur Asrama Sekolah yang dijalankan tahun ini.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata daripada keseluruhan jumlah kantin, sebanyak 1,576 (18.9 peratus) diberi Gred A (Cemerlang), 4,482 (53.9 peratus) Gred B (Sangat Bersih) dan 2,163 kantin (26 peratus) diberi Gred C (Bersih), manakala hanya 100 kantin (1.2 peratus) yang menerima markah di bawah 70 peratus.

Beliau berkata bagi dapur asrama sekolah pula, sebanyak 407 iaitu 20.8 peratus daripada 1,954 dapur asrama diberi Gred A, 1,083 (55.4 peratus) diberi Gred B dan 451 (23.1 peratus) diberi Gred C, manakala hanya 13 dapur atau 0.7 peratus diberi markah di bawah 70 peratus.

"Kami mempunyai senarai kantin dan dapur sekolah yang menerima markah di bawah 70 peratus ini dan mereka ini akan diberi perhatian khusus, malah pemeriksaan akan dibuat pada bila-bila masa supaya mereka dapat meningkatkan tahap kebersihan. Mana-mana kantin yang tidak ikut prosedur ini akan disita," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Tahun ini sebanyak 12 kantin sekolah dan lapan dapur asrama ditutup kerana tidak mencapai tahap kebersihan yang ditetapkan.

Wee berkata antara aspek yang diambil kira dalam pemeriksaan itu termasuk tahap kebersihan pengendali, penyimpanan bahan mentah dan masakan, kebersihan premis serta kawalan serangga seperti lipas dan tikus.

Sementara itu beliau berkata selain menyediakan garis panduan mengenai jenis makanan yang tidak boleh atau tidak digalakkan dijual di sekolah, kementerian turut menjalankan kempen bagi meningkatkan kesedaran pelajar mengenai pemakanan mereka.

Ia termasuk dengan memaparkan jumlah kalori dalam makanan yang dijual di kantin, di sekitar kawasan sekolah, serta memaklumkan pelajar jumlah kalori yang ideal untuk mereka, katanya.

Dalam perkembangan lain Wee berkata mulai tahun depan, kementerian dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan melaksanakan Penarafan Kebersihan Tandas Sekolah, dalam usaha mengamalkan budaya Tandas Sekolah Bersih.

Beliau berkata selain poster berkaitan amalan dan budaya kebersihan tandas bersih, Buku Penarafan Kebersihan Tandas Sekolah juga telah diedarkan ke semua sekolah untuk pelaksanaan mulai Januari depan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain