suria

Pelajar Tunggu SPM Maut Motosikal Rempuh Van

KUANTAN: Seorang pelajar yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut apabila motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah van di Batu 3, Jalan Kuantan-Maran dekat Tanah Putih di sini petang Rabu.

Muhammad Zaim Mohd Zin, 17, pelajar Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar Kuantan yang memiliki lesen 'L' maut di tempat kejadian dalam kejadian kira-kira 6.35 petang, kata Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim.

"Di tempat kejadian, dipercayai mangsa hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang van dari arah yang sama," katanya kepada pemberita di sini, Khamis. BERNAMA

Artikel Lain