Tiga Penduduk Kuantan Gagal Sekat Operasi Loji Lynas - Semasa | mStar

Tiga Penduduk Kuantan Gagal Sekat Operasi Loji Lynas

PUTRAJAYA: Tiga penduduk Kuantan pada Rabu gagal dalam cubaan mereka untuk menyekat operasi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan menolak rayuan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan mengetepikan permohonan mereka supaya ditangguhkan keputusan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) untuk memberi lesen pengoperasian sementara (TOL) kepada Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) bagi menjalankan operasi loji pemprosesan nadir buminya di Gebeng.

Hakim Datuk Ramly Ali, yang mengetuai panel hakim berkenaan, berkata mahkamah itu mendapati hakim Mahkamah Tinggi bertindak betul di sisi undang-undang dan dari segi fakta apabila beliau menolak permohonan penangguhan mereka.

Katanya fungsi Mahkamah Rayuan bukan untuk mencampuri budi bicara Mahkamah Tinggi, kecuali ia melakukan kekhilafan atau mengetepikan pertimbangan yang berkaitan.

"Kami dapati tidak ada sebab yang sah untuk mencampuri keputuan Mahkamah Tinggi itu. Kami menolak rayuan ini dan mengekalkan keputusan itu," kata Ramly, yang bersidang bersama hakim-hakim Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Aziah Ali.

Mahkamah itu juga memerintah penduduk berkenaan membayar RM20,000 sebagai kos kepada semua responden, yang terdiri daripada menteri berkenaan, LPTA, Lynas Corporation Ltd (sebuah syarikat Australia) dan Lynas Malaysia Sdn Bhd.

Panel itu membuat keputsuan berkenaan setelah mendengar hujah yang dikemukakan peguam Datuk Bastian Pius Vendargon yang mewakili penduduk terbabit, Tan Sri Cecil Abraham, yang mewakili Lynas dan peguam kanan persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili menteri berkenaan dan LPTA.

Penduduk terbabit Tan Bun Teet, 64, Syed Talib Syed Sulaiman, 60, dan Hasimah Ramli, 44, memfailkan permohonan bagi mendapatkan semakan semula kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuantan bagi mengetepikan keputusan LPTA pada 30 Jan tahun ini dan keputusan menteri berkenaan pada 13 Jun berhubung kelulusan TOL kepada LAMP.

Dalam permohonan itu, mereka juga ingin mengetepikan keputusan LPTA dan menteri terbabit pada 3 September untuk mengeluarkan TOL kepada Lamp.

Mereka turut memohon penangguhan keputusan dua pihak berkuasa berkenaan berhubung TOL, sementara menunggu keputusan permohonan mereka mendapatkan semakan semula kehakiman.

Pada 28 Ogos, mereka memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi untuk memulakan permohonan semakan semula kehakiman, yang ditetapkan untuk pendengaran pada 5 Februari dan pada 8 November, hakim Datuk Mariana Yahya menolak permohonan mereka berhubung TOL itu. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain