suria

Selangor Tetap Mahu Nilai Semula Pelaksanaan AES – Abdul Khalid

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik keputusan Jabatan Peguam Negara mengarahkan agar semua prosiding berkaitan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dibekukan dan undang-undang berkaitan kes tersebut dikaji semula.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri sangat gembira dengan keputusan itu dan mereka menghormati keputusan penangguhan saman AES itu.

“Kerajaan negeri juga akan tetap menjalankan penilaian terhadap proses pelaksanaan AES. Kita juga melihat tidak ada keperluan untuk menutup kamera AES yang ditelah dipasang di negeri ini selepas mahkamah membuat keputusannya.

“Bukan kepentingan kami mengenai pelaksanaan AES. Apa yang pasti AES tidak boleh dilaksanakan di Selangor melainkan kerajaan pusat mencapai persetujuan bersama dalam isu ini. Ini kerana setiap struktur yang ingin dibina di negeri ini perlu mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan yang terlibat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Rabu.

Pada Selasa, Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan mengarahkan agar semua prosiding mahkamah berkaitan saman AES dibekukan sementara mengkaji semula kebimbangan undang-undang yang dibangkitkan dalam kes ini.

Kenyataan itu bagaimanapun menambah bahawa saman AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih sah. Kira-kira 300,000 saman dikeluarkan sejak AES mula dilaksanakan pada 23 September lalu.

Artikel Lain