Polis Pantau Media Sosial Sebar Berita Palsu Rusuhan Di Kuala Muda - Semasa | mStar

Polis Pantau Media Sosial Sebar Berita Palsu Rusuhan Di Kuala Muda

SIK: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memantau laman sosial termasuk blog bagi menyekat penyebaran berita palsu mengenai rusuhan di daerah Kuala Muda.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata mereka yang didapati masih cuba berbuat demikian akan dikenakan tindakan sewajarnya.

"Kita akan pantau, jika ada bahasa, perkataan atau ayat yang digunakan itu mempunyai unsur-unsur hasutan, kita tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis dan menjejaki mereka yang terbabit.

"Siasatan masih berjalan ketika ini dan mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan atau Akta Komunikasi dan Multimedia kerana menyalahgunakan talian," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Desa Selamat di Felda Teloi Timur, di sini Rabu.

Syed Ismail juga menegaskan berita yang disebarkan menerusi menerusi laman sosial, blog atau khidmat pesanan ringkas (SMS) itu tidak benar dan meminta orang ramai merujuk kepada laman Facebook rasmi PDRM, bagi mendapatkan maklumat sahih mengenai insiden berkenaan.

"Inilah bahayanya Internet kerana mereka boleh menggunakan identiti orang lain, malah gambar juga boleh diganti dengan gambar kejadian di tempat lain sehingga menyebabkan pembacanya keliru.

"Tidak ada kematian yang berlaku dan polis sudah bertindak berdasarkan peruntukan undang-undang sedia untuk mengawal keadaan. Jangan percaya kepada khabar angin dan jika mahu, dapatkan maklumat melalui Facebook rasmi polis," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan