suria

PM Berlepas Ke India Untuk Sidang Kemuncak Asean-India

SUBANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam Rabu berlepas ke New Delhi, India untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Peringatan Asean-India selama dua hari bermula Khamis.

Pesawat yang membawa Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di sini pada 7.25 malam.

Di luar sidang kemuncak itu, Najib dijadual bertemu dengan rakan sejawatannya dari India, Manmohan Singh.

Delegasi Malaysia pada sidang itu turut disertai Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri G.Palanivel serta Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan bagi Infrastruktur Datuk Seri S.Samy Vellu. - BERNAMA

Artikel Lain