suria

Mayat Dua Beradik Lemas Di Kuala Kedah Ditemui

Orang ramai mengerumuni mayat mangsa lemas Muhamad Asyrik, 9, yang ditemui dalam gerakan operasi mencari sejak petang semalam sebelum di bawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Selasa. Mayat Mohammad Hafiz Anuar, 4, ditemui pada pukul 3 petang oleh nelayan yang melakukan kerja mencari kedua-dua mangsa terbabit, kira-kira 500 meter dari tempat kejadian manakala mayat Mohammad Asyrik, 9, pula ditemui pada pukul 4.25 petang, kira-kira 50 meter dari tempat adiknya ditemui.
 -fotoBERNAMA

ALOR SETAR: Mayat dua beradik yang terjatuh daripada bot ketika bersiar-siar di Muara Kuala Kedah dekat sini petang Isnin ditemui berhampiran tempat kejadian petang Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja Mohd Izham Abdul Rahim berkata mayat Mohammad Hafiz Anuar, 4, ditemui pada pukul 3 petang oleh nelayan yang melakukan kerja mencari kedua-dua mangsa terbabit, kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.

Katanya mayat Mohammad Asyrik, 9, pula ditemui pukul 4.25 petang, kira-kira 50 meter dari tempat mayat adiknya ditemui.

Mayat dua beradik tersebut dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini sebelum dituntut ahli keluarga mereka.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang semalam, Mohammad Hafiz dan Mohammad Asyrik terjatuh ke dalam sungai bersama bapa saudara mereka Md Affendi Ismail, 27, serta kembar Mohammad Asyrik, Mohammad Asyraf ketika bapa saudara mereka sedang membelok bot untuk pulang ke jeti.

Md Affendi dan Mohammad Asyraf berjaya diselamatkan nelayan. - BERNAMA

Artikel Lain