Israel Lancarkan 'Penghapusan Bangsa Secara Senyap' Terhadap Rakyat Gaza - Semasa | mStar

Israel Lancarkan 'Penghapusan Bangsa Secara Senyap' Terhadap Rakyat Gaza

KUALA LUMPUR: Rakyat Palestine bukan sahaja diserang bedilan bom dan bidikan senjata api, malah turut diancam dengan gerakan penghapusan bangsa secara senyap oleh Israel, kata Penasihat Yayasan Keamanan Sedunia Perdana Malaysia (PGPF) Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata antara kekejaman yang dilakukan Israel adalah membuang sisa buangan termasuk daripada sistem pembetungan ke dalam laut yang akhirnya mencemari pantai Gaza.

"Pantai Gaza tercemar dengan pelbagai bahan toksik. Ikan (yang ditangkap di situ) yang merupakan sumber makanan utama penduduk Gaza disyaki diracuni toksik," katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan daripada Bank Perusahanan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) di pejabatnya di sini Rabu.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata tentera Israel mengenakan tekanan kepada nelayan-nelayan Palestin supaya hanya menangkap ikan di kawasan enam kilometer dari pantai.

"Sistem kumbahan turut dimusnahkan menyebabkan sumber air di Gaza tercemar. Ini menyebabkan rakyat Gaza menghidap pelbagai jenis penyakit dan ramai yang mati tanpa dapat dikesan puncanya oleh doktor.

"Kematian terpaksa dilaporkan kes kematian biasa dan bilangan kes seumpama itu di Gaza dilaporkan antara yang tertinggi di dunia," katanya.

Selain itu Muhkriz berkata beliau amat berbangga apabila diberitahu pemimpin Hamas bahawa rakyat Malaysia merupakan sukarelawan teramai di Gaza iaitu lebih kurang 200 orang.

"Saya diberitahu bahawa rakyat Gaza amat tersentuh dan amat menghargai usaha daripada kita. Mereka juga menaruh harapan tinggi agar bantuan akan berterusan," katanya.

Menurut Mukhriz, pihaknya akan meneruskan usaha membantu rakyat Gaza khususnya menyediakan mesin perubatan baharu untuk kegunaan hospital di situ.

Katanya Tabung Kecemasan Gaza yang dilancarkan bulan lalu terus menerima sambutan memberangsangkan daripada pelbagai pihak termasuk tokoh-tokoh korporat, individu dan agensi kerajaan.

Pada Rabu, satu lagi syarikat swasta iaitu SME Berhad menyampaikan bantuan yang dikumpul daripada warga kerjanya berjumlah RM40,400.

Sumbangan disampaikan Pengarah Urusan syarikat itu Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia