suria

Polis Marin Semporna Rampas 2,940 Bungkus Rokok Seludup

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya merampas 2,940 bungkus rokok pelbagai jenama selepas menyerbu sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Halo dekat sini Ahad lepas.

Komander PPM wilayah Sabah, ACP Abd Manaf Othman berkata rokok pelbagai jenama bernilai kira-kira RM40,000 termasuk cukai yang belum berbayar ditemui dalam serbuan pukul 7.30 malam itu.

"Semasa pasukan polis diketuai Pegawai Pemerintah PPM Semporna, Mat Zawawi Mat Yaacob menghampiri jeti rumah tersebut, beberapa penghuni rumah dilihat terjun ke laut melarikan diri," kata Abd Manaf dalam kenyataan di sini, Selasa.

Katanya, pemeriksaan di dalam rumah tersebut menjumpai kotak dan bungkusan di ruang tamu yang di dalamnya berisi sejumlah rokok putih dipercayai belum dijelaskan cukai dan duti import.

Abd Manaf berkata rokok berkenaan dipercayai diseludup masuk dari negara jiran. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain