suria

Malaysia, Indonesia Runding Isu Tenaga Kerja Dan Fi Agensi - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono pada sidang akhbar selepas mengadakan Rundingan Tahunan Ke-9 Antara Malaysia dan Indonesia di bangunan Perdana Putra, Putrajaya, Selasa. Rundingan Tahunan yang dianjurkan secara bergilir antara Malaysia dan Indonesia ini merupakan forum tertinggi dua hala bagi kedua-dua pemimpin membincangkan langkah-langkah ke arah mengukuhkan lagi hubungan yang menyeluruh dan strategik antara dua negara berjiran ini. -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia dan Indonesia akan meneruskan rundingan berhubung soal pengambilan tenaga kerja dari negara jiran itu terutama berkaitan kadar fi agensi.

Perdana Menteri berkata Perjanjian Lombok yang ditandatangani pada rundingan kelapan di Lombok, Indonesia tahun lepas sudah pun dipatuhi, namun masih terdapat sedikit kesulitan dari segi kadar fi agensi yang dilihat agak tinggi.

"Presiden Susilo Bambang Yudhoyono setuju supaya kita usahakan agar fi agensi ini dapat ditentukan pada kadar yang munasabah bagi membolehkan Lombok Agreement dilaksanakan dengan sepenuhnya," katanya pada sidang media bersama dengan Presiden Indonesia itu di pejabatnya di sini, Selasa.

Menurut Najib kerjasama dalam pendidikan, kebudayaan, pelancongan dan hubungan antara rakyat perlu ditingkatkan agar ia berkembang dengan lebih komprehensif dan mencerminkan kesungguhan politik kepimpinan kedua-dua negara.

Ini untuk terus menjadikan hubungan ini lebih baik dan akrab, yang boleh menguntungkan kedua-dua negara, kata Najib.

Terdahulu, Susilo yang tiba bersama 18 anggota delegasi dari Indonesia di sini petang ini untuk Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia yang Kesembilan selama dua hari, mengadakan pertemuan empat mata dengan Najib.

Selain itu, Najib dan Susilo menandatangani satu Memorandum Persefahaman mengenai kerjasama dalam bidang kebajikan sosial dan pembangunan masyarakat sejurus selepas Rundingan Tahunan Kesembilan Malaysia-Indonesia berlangsung.

Sementara itu, Susilo berkata Indonesia dan Malaysia akan terus berusaha untuk mencari satu resolusi baik bagi menyelesaikan isu berkaitan tenaga kerja.

"Masalah tenaga kerja sudah mencapai banyak 'progress' dan kami mengucapkan terima kasih kepada Malaysia yang memberikan kemudahan yang diperlukan bagi anak-anak pekerja Indonesia terutamanya di Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan pendidikan," katanya.

Merujuk kepada isu persempadanan, Susilo berkata Indonesia dan Malaysia akan terus berbincang bagi mencapai satu resolusi yang baik dan tepat bagi kedua-dua negara.

"Sebenarnya kita telah mengatasi semua masalah dan mencapai kemajuan. Sebagai tetangga, hampir setiap hari kita berinteraksi.

"Untuk menangani hubungan ini sebaik-baiknya dan sebijak-sebijaknya jangan sampai terganggu apa yang kita bangunkan dan capai melalui kerjasama ini.

"Kami memiliki komitmen serta semangat yang sama, di satu sisi untuk terus meningkatkan kerjasama di pelbagai bidang manakala di sisi yang lain menangani isu-isu yang menjadi gangguan yang kita bangunkan dengan harapan semoga dapat diselesaikan dengan baik," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain