suria

Koleksi Setem Kedah Milik Ratu Elizabeth II Dipamerkan Tahun Depan

Kakitangan Bahagian Komunikasi Korporat Pos Malaysia Berhad, Siti Farizza Ain Abu Hasan menunjukkan setem Sejarah Pos di Kedah yang dilancarkan di Pejabat Pos di sini, Selasa. Pos Malaysia akan menjual koleksi setem ini kepada umum bermula Selasa. -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ratu Elizabeth II berkenan meminjamkan koleksi setem eksklusif baginda mengenai negeri Kedah untuk dipamerkan sempena 100 tahun perkhidmatan pos di Kedah tahun depan.

Ketua Unit Setem dan Filateli, Yasmin Ramli berkata pameran dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Persatuan Setem Malaysia itu memberi peluang kepada masyarakat khususnya peminat setem untuk melihat sendiri koleksi setem negeri Kedah yang dimiliki Ratu England itu.

"Koleksi peribadi Ratu Elizabeth II itu adalah antara yang akan dipamerkan pada pameran setem akan datang dan kita berbesar hati apabila baginda bersetuju untuk meminjamkan koleksinya," katanya pada sesi memperkenal koleksi setem kenang-kenangan terbaharu Sejarah Pos di Kedah yang dikeluarkan Pos Malaysia Berhad di sini, pada Selasa.

Sebanyak 552,500 koleksi setem kenang-kenangan terhad itu akan mula dijual kepada umum Khamis ini memaparkan tiga reka bentuk iaitu Padi, Petani Melayu Membajak dan Balai Besar dijual dengan harga 90 sen setiap satu.

Yasmin berkata pameran setem dan filateli itu dijadual berlangsung selama tiga hari di Kedah.

Sejarah pos negeri Kedah bermula antara April hingga Oktober 1887 dan dalam jangka masa 25 tahun iaitu dari 1887 hingga 1912, setem negeri Siam digunakan bagi tujuan pos di negeri itu.

Setem pos definitif yang pertama bagi negeri Kedah dikeluarkan kira-kira satu abad dahulu iaitu pada tahun 1912 dan merupakan keluaran setem paling diminati pengumpul setem seluruh dunia. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain