Kastam Tumpas Cubaan Seludup Dadah Eramin 5 Bernilai RM5.975 Juta - Semasa | mStar

Kastam Tumpas Cubaan Seludup Dadah Eramin 5 Bernilai RM5.975 Juta

NILAI: Kastam Diraja Malaysia merampas hampir 300,00 biji pil eramin 5 bernilai RM5.975 juta susulan penahanan seorang lelaki di sebuah ladang kelapa sawit di Yong Peng, Johor, Khamis lepas.

Timbalan Pengarah Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Liah Omar berkata lelaki tempatan berusia 36 tahun itu ditahan ketika cuba membuang dadah tersebut di ladang kelapa sawit berkenaan.

"Sepasukan anggota kastam telah mengekori sebuah van di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 7 pagi, dan menyedari diekori pemandu van itu cuba mengelirukan anggota kastam dengan melalui kawasan Shah Alam, Negeri Sembilan dan Johor.

"Dia cuba membuang dadah tersebut di sebuah ladang kelapa sawit di Yong Peng, Johor, namun gagal dan suspek ditahan bersama kenderaannya pada pukul 9.30 malam," katanya pada sidang media, di sini Isnin.

Katanya pasukan penguat kuasa kastam berjaya merampas enam kotak mengandungi 298,750 biji pil eramin 5 daripada van berkenaan.

Siasatan awal mendapati dadah berkenaan dihantar melalui kargo udara di KLIA oleh pembekal dari Taiwan dengan dokumen penghantaran diikrar sebagai 'surgical gloves', katanya menambah rampasan itu adalah yang kedua terbesar kastam tahun ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Agong cari penyelesaian terbaik