Tuntutan Tambahan Kerusi DAP Bukti Pakatan Pembangkang Tiada Persefahaman - Hishammuddin - Semasa | mStar

Tuntutan Tambahan Kerusi DAP Bukti Pakatan Pembangkang Tiada Persefahaman - Hishammuddin

KLUANG: Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tuntutan tambahan kerusi oleh DAP untuk ditandingi pada pilihan raya umum ke-13 nanti jelas menunjukkan pakatan pembangkang tidak mempunyai persefahaman.

Beliau berkata Umno mahu tahu jawapan pemimpin PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap permintaan sekutu mereka itu.

"Kalau mereka dapat cari persefahaman di mana mereka boleh beri lebih banyak kerusi (kepada DAP), saya ucap tahniah kepada mereka," katanya ketika diminta mengulas tuntutan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng itu dalam ucapan dasar bertajuk 'Perubahan Di tangan Mu' pada kongres DAP ke-16 di Pusat Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) pada Sabtu.

Hishammuddin ditemui pemberita pada jamuan sempena perkahwinan anaknya Nasha Alyssa dan pasangannya Muhd Anas Zawawi Khalid di Taman Sri Lambak, Sembrong pada Sabtu. Majlis itu dihadiri lebih 15,000 penduduk daripada pelbagai lapisan di kawasan tersebut.

Lim berkata pertambahan 13 kerusi adalah sebagai pengiktirafan ke atas dasar semangat setiakawan dan tulus kepada PAS dan PKR.

Dalam pada itu, Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri (KDN) turut mengingatkan orang ramai bahawa lebih banyak serangan peribadi, politik yang berkisar kepada kebencian, perpecahan, perkauman dan keagamaan dijangka muncul menjelang PRU ke-13 nanti.

Bagaimanapun, katanya KDN akan memantau perkembangan itu nanti agar politik perkauman dan keagamaan tidak menghuru-harakan negara ini.

Mengenai fasa kedua Strategi Laut Biru Kebangsaan (NBOS), Hishammuddin berkata Polis Diraja Malaysia akan melatih seramai 4,000 anggota polis pada tahun depan bagi menampung keperluan di seluruh negara. Jumlah tersebut menurut beliau termasuk 1,000 pegawai polis berpangkat Inspektor.

Pada fasa pertama NBOS, seramai 2,500 anggota polis telah menjalani latihan di kem-kem tentera yang telah dikenal pasti dan sebahagiannya akan menamatkan latihan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di Port Dickson pada Ahad. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain