suria

Polis Kota Marudu Rampas Minuman Keras Bernilai RM30,000

KOTA MARUDU: Polis Daerah Kota Marudu merampas 1,132 karton minuman keras bernilai kira-kira RM30,000 termasuk cukai yang dipercayai diseludup dari negara jiran.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu DSP Mohd Isa Yusuf berkata minuman keras itu dirampas dari sebuah lori yang ditahan polis di Jalan Marudu di sini Sabtu.

Polis turut mengeluarkan saman terhadap pemandu lori tersebut kerana memandu lori tanpa cukai jalan yang sah, katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau berkata rampasan dan pemandu lori berumur 47 tahun itu diserahkan kepada pihak Jabatan Kastam Kudat untuk tindakan lanjut.

Mohd Isa menggesa orang ramai agar terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu membendung kegiatan yang menyalahi undang-undang. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain