suria

Dua Beradik Ditahan Miliki Senapang Buatan Sendiri

KUANTAN: Dua orang adik-beradik ditahan kerana memiliki senapang buatan sendiri bagi memburu ayam hutan di kebun kelapa sawit di Sungai Ruan dekat sini, Jumaat.

Polis turut merampas 88 biji guli yang digunakan untuk menembak ayam tersebut.

Ketua Polis Daerah Raub, Supt Wan Mohd Samsuddin Wan Osman berkata kedua-duanya yang berumur 30 dan 40 tahun ditahan kira-kira pukul 7 malam, Jumaat selepas pihak polis mendapat maklumat dari orang awam.

Beliau memberitahu Bernama kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman satu tahun penjara atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain