suria

DAP Bukan Parti Demokratik - KMPP

GEORGE TOWN: Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) menyifatkan keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP semalam sebagai bukti parti itu bukanlah sebuah parti yang demokratik.

Presiden KMPP Rahmad Isahak berkata, keputusan bahawa semua calon Melayu tidak berjaya merebut jawatan dalam CEC itu adalah kegagalan DAP untuk menjadi sebuah parti pelbagai kaum.

"Sampai bilakah mekanisme (memilih berdasar kaum) harus dipraktikkan oleh DAP?...dan DAP perlu menilai semula sistem pemilihan CEC untuk meyakinkan perwakilan dan bukannya memilih berdasarkan kaum semata-mata," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau berkata, walaupun dua wakil Melayu dilantik dalam CEC, mereka tidak harus menjadi boneka dan perlu diberi peranan untuk menjaga kepentingan dan kebajikan orang Melayu.

Dua wakil Melayu yang dilantik itu ialah Senator Ariffin S.M Omar dan Zairil Khir Johari.

Rhamad berkata orang Melayu juga harus celik dengan sikap DAP yang tidakpun menghargai sumbangan veteran DAP Melayu seperti Ahmad Ton dan Zulkifli Mohd Noor.

Kedua-dua pemimpin DAP Melayu itu tidak menerima cenderahati penghargaan yang diberikan kepada veteran-veteran parti semalam. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain