suria

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Tembakan Connecticut

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu mengirim ucapan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa yang terbunuh dalam kejadian tembakan beramai-ramai pada Jumaat lepas di sekolah elementari Connecticut, Amerika Syarikat.

"Ia kemalangan yang cukup tragis dan Malaysia berada di samping anda," kata Perdana Menteri dalam Twitternya.

Pada Jumaat, Adam Lanza, 20, melepaskan tembakan di dua bilik kelas di Sekolah elementari Sandy Hook yang membunuh 26 orang, termasuk 20 kanak-kanak.

Los Angeles Times menyebut satu sumber polis bahawa lelaki bersenjata itu juga menembak dan membunuh ibunya di rumah sebelum memandu Honda wanita itu ke sekolah berkenaan, di mana dia mati setelah cedera akibat menembak dirinya sendiri selepas kejadian amuk itu. - BERNAMA

Artikel Lain