Kit Siang, Guan Eng, Karpal Isi Kedudukan Teratas Pemilihan DAP

GEORGE TOWN: Penasihat DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang serta anaknya, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung parti dan Ketua Menteri Pulau Pinang mengisi dua kedudukan teratas dalam pemilihan untuk 20 jawatan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16 di sini, Sabtu.

Kit Siang memperoleh majoriti undi (1,607) dari perwakilan manakala Guan Eng menerima 1,576 undi.

Pengerusi DAP, Karpal Singh turut menerima undi ketiga tertinggi iaitu sebanyak 1,411 undi.

Pada pemilihan 2008, Karpal hanya menerima 471 undi, meletakkan di kedudukan kesembilan.

Wakil calon Melayu tunggal, Ahmad Ton yang terpilih pada tahun lalu turut tersingkir.

Tiada seorang daripada lapan wakil calon Melayu terpilih untuk mengisi senarai jawatankuasa itu.

Antara calon lain yang dipilih untuk 20 jawatan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) adalah Chong Chieng Jen, Anthony Loke Siew Fook, Vincent Wu Him Ven, Tan Kok Wai, Gobind Singh Deo, Tony Pua, Teng Chang Khim, Fong Kui Lun, Nga Kor Ming, Chong Eng, Chow Kon Yeow, Liew Chin Tong, M Kulasegaran, Boo Cheng Hau, Teresa Kok, Teo Nie Ching dan Ngeh Koo Ham.

Seramai 63 calon bertanding untuk merebut 20 kedudukan dalam CEC kali ini.

Bagaimanapun jumlah calon sebenar yang menawarkan diri bertanding adalah seramai 68 tetapi lima daripadanya menarik diri.

Lima calon berkenaan adalah Choong Siew Onn (Pahang), Er Teck Hwa (Johor), Jaya Balan Valliappan (Perak), Teok Kok Seong (Negeri Sembilan) dan Violet Yong Wui Wui (Sarawak).

Seramai 1,823 perwakilan layak mengundi memilih barisan CEC kali ini.

Barisan jawatankuasa baru itu akan bermesyuarat pada Ahad bagi melantik 10 wakil untuk mengisi jawatan selebihnya bagi penggal 2013-2015.

Berikut adalah senarai anggota CEC yang menang pemilihan pada Sabtu:

1. Lim Kit Siang (1,607)

2. Lim Guan Eng (1,576)

3. Karpal Singh (1,411)

4. Chong Chieng Jen (1,211)

5. Loke Siew Fook (1,202)

6. Wu Him Ven (1,202)

7. Gobind Singh Deo (1,197)

8. Fong Kui Lun (1,137)

9. Nga Kor Ming (1,075)

10. Tan Kok Wai (1,199)

11. Tony Pua Kiam Wee (1,162)

12. Teng Chang Khim (1,152)

13. Chong Eng (1,006)

14. Chow Kon Yeow (986)

15. Liew Chin Tong (984)

16. M Kula (984)

17. Boo Cheng Hau (958)

18. Teresa Kok (925)

19. Teo Nie Ching (903)

20. Ngeh Koo Ham (824)

Artikel Berikut

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain