suria

Terowong Jalan Gombak Ditutup Mulai Esok Untuk Kerja Naik Taraf

KUALA LUMPUR: Terowong Jalan Gombak akan ditutup secara berperingkat mulai Sabtu bagi kerja menaiktaraf permukaan jalan, menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Laluan dari Jalan Gombak menghala ke pusat bandar akan ditutup selama tiga hari mulai Sabtu hingga Isnin, dan kenderaan yang menuju ke pusat bandar dinasihat menggunakan Jalan Genting Klang dan membuat pusingan U di persimpangan Jalan Genting Klang/Jalan Air Panas, menurut kenyataan DBKL yang dikeluarkan di sini Jumaat.

Sementara pada 22 Disember hingga 24 Disember, laluan dari Jalan Genting Klang menghala ke Jalan Gombak akan ditutup.

"Kenderaan dari Jalan Genting Klang boleh menggunakan Jalan Setapak / Jalan Pahang (pusingan U) atau Jalan Chan Chi Mooi/ Lorong Titiwangsa 1/ Jalan Titiwangsa," menurut kenyataan itu.

DBKL meminta para pengguna supaya berhati-hati dan mematuhi papan tanda lalu lintas yang disediakan di lokasi semasa kerja penyelenggaraan dijalankan. - BERNAMA

Artikel Lain