suria

Promosi YES MAS Masih Dibuka Untuk Tempahan Hingga 17 Disember

KUALA LUMPUR: Promosi Jualan Akhir Tahun (YES) Malaysia Airlines (MAS) yang bermula 3 Disember, masih dibuka untuk tempahan dan pembayaran hingga 17 Disembetr, bagi perjalanan sehingga 30 September tahun depan.

Acara itu memberi peluang hebat kepada pengguna untuk mula merancang percutian dan perjalanan perniagaan masing-masing untuk tahun 2013, dengan YES menawarkan tambang penerbangan kelas ekonomi pada harga diskaun sehingga 30 peratus kadar pasaran semasa bagi perjalanan dalam negara dan antarabangsa.

Naib Presiden Kanan Serantau Malaysia dan Asean MAS Muzammil Mohamad berkata sambutan pelanggan terhadap tawaran YES sangat menggalakkan setakat ini dan menggesa orang ramai mengambil peluang ke atas tawaran ini bagi mengesahkan perjalanan masing-masing dalam tempoh empat hari ini.

"Menerusi kejayaan berprestij sebagai Krew Kabin Penerbangan Terbaik Dunia, pengguna dijamin pengalaman penerbangan yang menarik, yang diterjemahkan sebagai percutian yang hebat untuk mereka," katanya. -BERNAMA

Artikel Lain