KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat telah melanjutkan tempoh sah laku baucar pertukaran tayar TR1Ma dari enam bulan hingga setahun atau sebelum 30 September tahun depan.Dalam satu kenyataannya hari ini SPAD berkata keputusan itu dibuat berdasarkan pertimbangan tempoh kegunaan yang lebih lama disebabkan kurangnya haus dan lusuh bagi tayar-tayar yang digunakan teksi di negeri-negeri tertentu. Penerima baucar boleh menghubungi talian langsung atau hotline SPAD 1-800-88-SPAD (7723) untuk mendapatkan butiran mengenai lanjutan tempoh sah laku baucar.SPAD berharap dengan adanya lanjutan tempoh itu akan memberi lebih manfaat kepada para pemandu teksi dalam merancang penyelenggaraan kenderaan dan menjamin mutu serta keselamatan perkhidmatan. -BERNAMA