suria

Isu Saman MPKB Boleh Dibawa Ke Mahkamah - Takiyuddin

KOTA BAHARU: Pihak yang tidak berpuas hati dengan undang-undang Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB), seperti saman terhadap remaja Cina yang didakwa berkelakuan tidak senonoh di tempat awam baru-baru ini, boleh membawa perkara itu ke mahkamah, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata pihak berkuasa tempatan bersedia memberi bukti berhubung keterangan yang akan dibawa oleh pihak berkenaan.

"Saya terpaksa mempertahan MPKB dalam usaha membanteras perkara yang tidak elok, lebih-lebih lagi apabila ia satu perkara yang orang Islam di negeri ini tidak suka," katanya kepada pemberita pada Program Pemimpin Bersama Masyarakat di Kampung Paya Senang di sini, Jumaat.

Ketika berucap ada majlis itu, Takiyuddin berkata remaja berkenaan disaman di bawah Undang-undang Kecil Taman MPKB 1986, iaitu berkelakuan tidak senonoh di tempat awam. -BERNAMA

Artikel Lain