suria

Talian Hotline Lapor Tanda Awal Tanah Runtuh Di Selangor

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menyediakan talian 'hotline' bagi memudahkan orang ramai melaporkan tanda-tanda awal kemungkinan berlaku tanah runtuh berikutan hujan lebat yang melanda negeri itu.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata talian bebas tol 1-800-88-2824 itu beroperasi 24 jam, bermula Isnin ini.

Aduan yang diterima akan dimaklumkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan dengan kadar segera sebelum tindakan susulan diambil, katanya pada sidang media di sini, Rabu.

"Mereka boleh menyalurkan maklumat seperti rekahan di permukaan tanah serta cerun, pokok condong atau tumbang dan paip air bawah tanah yang bocor," katanya nya. -BERNAMA

Artikel Lain