suria

Penunggang Motosikal Maut Rempuh Treler

KOTA TINGGI: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh oleh sebuah lori treler dari arah bertentangan di Kilometer 57 Jalan Johor BahAru-Mersing, dekat sini, malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Che Mahazan Che Aik berkata, dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu mangsa Mohd Firdaus Hashim, 29, dari Felda Bukit Aping Timur di sini maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

"Sebuah lori treler yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun dari arah Johor Baharu menuju ke Mersing dilaporkan hilang kawalan sebelum merempuh motosikal jenis Yamaha RXZ ditunggang mangsa yang keluar dari simpang kiri jalan," katanya ketika dihubungi di sini Rabu.

Beliau berkata, akibat perlanggaran itu, motosikal yang dinaiki mangsa terperosok di bawah lori berkenaan mengakibatkan mangsa cedera parah.

Menurutnya mayat mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) di sini untuk bedah siasat. -BERNAMA

Artikel Lain