suria

Negeri Pesisir Digesa Tingkat Rangkaian Jamin Keselamatan Teluk Siam

KUALA LUMPUR: Badan penguatkuasa maritim di negeri-negeri pesisir di Teluk Siam digesa meningkatkan usahasama dalam usaha menangani jenayah merentas sempadan dan meningkatkan respons bencana di laut di kawasan itu.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Datuk Mohd Amdan Kurish berkata usahasama seumpama itu, misalnya dapat membantu mengurangkan penyeludupan dan pemerdagangan manusia dan menyediakan respons segera untuk menyelamatkan nyawa sekira berlakunya bencana alam atau kemalangan di laut.

"Rangkaian itu juga boleh menjadi platform bagi perkongsian risikan yang dapat mencegah jenayah seumpama itu atau sebarang bencana alam secara efektif," katanya semasa melancarkan "Forum Komander Teluk Siam Ke-2" selama dua hari di sini, Rabu.

Beliau berkata kerjsama erat akan membawa kepada persefahaman lebih baik di antara negara yang terlibat dalam memastikan keselamatan di kawasan teluk itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) Lee McClenny dalam ucapannya berkata AS bersedia menghulurkan bantuan kepada pihak berkuasa relevan dalam memastikan keselamatan di teluk itu.

Beliau berkata AS berkongsi matlamat sama untuk memastikan teluk itu menjadi laluan air antarabangsa yang selamat bagi perniagaan dan perdagangan. -BERNAMA

Artikel Lain