Mungkin Gubal Undang-Undang Pantau Dana Asing Ke Dalam NGO - Tan Lian Hoe - Semasa | mStar

Mungkin Gubal Undang-Undang Pantau Dana Asing Ke Dalam NGO - Tan Lian Hoe

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak menolak kemungkinan mewujudkan undang-undang bagi memantau penyaluran dana asing ke badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat di negara ini.

Timbalan Menterinya Datuk Tan Lian Hoe berkata pada masa ini bidang kuasa penguatkuasaan KPDNKK melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hanya terhad kepada kawal selia undang-undang yang termaktub di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

"SSM tidak mempunyai bidang kuasa seliaan terhadap perkara berkaitan penerimaan dan kemasukan dana asing ke dalam NGO, syarikat dan juga perniagaan di Malaysia...penggubalan undang-undang baru ini kelak mungkin akan melibatkan KPDNKK dengan Bank Negara Malaysia.

"Sebagai contoh pula, undang-undang baru itu akan menggariskan supaya NGO atau mana-mana syarikat yang menerima dana asing mengisytiharkan jumlah dana asing yang diterima serta cara penggunaannya," katanya menjawab soalan tambahan Senator Ahamat @ Ahamad Yusop di Dewan Negara, di sini Rabu.

Menjawab soalan asal Ahamat berkenaan bentuk pemantauan yang dibuat terhadap syarikat bagi mengelakkan pelanggaran Akta Syarikat 1965, Tan berkata SSM melaksanakan beberapa langkah proaktif dan reaktif bagi memastikan pematuhan terhadap akta tersebut.

Katanya, aktiviti pemantauan proaktif yang dijalankan termasuklah pemantauan rutin terhadap data sistem maklumat syarikat perniagaan, pemeriksaan rutin ke alamat berdaftar syarikat dan premis perniagaan.

"Selain itu ia juga melibatkan pemantauan melalui media serta semakan terhadap dokumen seperti penyata tahunan dan penyata kewangan syarikat yang wajib diserah-simpan kepada SSM.

"Aktiviti penguatkuasaan reaktif pula dilaksanakan berdasarkan aduan dan laporan yang diterima melalui kaunter aduan, surat, laporan akhbar dan laman sesawang rasmi SSM serta rujukan daripada lain-lain agensi pengawal selia," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

MB Pahang Beri Amaran Kepada Petani Haram

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain