suria

Isu Talam: Chua Tee Yong Hadir Ke SPRM Bantu Siasatan

PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Chua Tee Yong pada Rabu hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan berhubung isu Talam Corporation Berhad (Talam).

Chua yang juga Ketua Biro Profesional Muda MCA, tiba di ibu pejabat SPRM di sini kira-kira pukul 10 pagi dan hanya keluar selepas hampir tiga jam.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Chua berkata beliau hadir bagi membantu siasatan berhubung beberapa kenyataannya menerusi media berhubung isu Talam tersebut.

"Saya dipanggil untuk berbincang dan memberi maklumat berhubung isu Talam dan berharap siasatan teliti berhubung isu dapat dijalankan itu memandangkan banyak keraguan timbul," katanya.

Beliau turut menyerahkan beberapa dokumen kepada SPRM.

"Saya tidak boleh beri maklumat lanjut kerana masih dalam siasatan tetapi maklumat dan bukti yang diberikan ada sebahagiannya telah didedahkan kepada media," katanya. -BERNAMA

Artikel Lain