Angin Perubahan Politik Sabah Menyebelahi BN - Pairin - Semasa | mStar

Angin Perubahan Politik Sabah Menyebelahi BN - Pairin

TAWAU: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yakin angin perubahan politik di Sabah kini lebih menyebelahi Barisan Nasional (BN) berbanding pilihan raya umum 2008.

Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata keyakinan itu berasaskan prestasi kepimpinan cemerlang BN sama ada di peringkat negeri dan persekutuan yang kesannya dapat dirasai semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum.

"Kepimpinan BN sekarang ini benar-benar ingin berkhidmat dan berusaha bersungguh-sungguh dengan perancangan begitu teratur dan jelas. Lebih-lebih lagi dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang telah mempunyai pendekatan begitu jelas dan baik.

"Pendekatan (Najib) itu bukan sahaja begitu jelas dan baik tetapi tindakan-tindakannya juga menunjukkan segala perancangan yang terperinci itu dilaksana. Kita semua sedia maklum cara perdana menteri dan anggota kabinet bekerja tidak henti-henti dan menekankan segala usaha untuk mengatasi masalah yang dihadapi masyarakat.

"Semua lapisan masyarakat (menikmati hasilnya), bukan sahaja secara menyeluruh tetapi dengan lebih terperinci," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Pengarah-Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) di sini, Rabu.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Turut hadir pada majlis itu Ketua Pengarah KDRM Datuk Seri Khazali Ahmad.

Pairin berkata berasaskan kepada pretasi cemerlang kepimpinan kerajaan B Nhari ini, rakyat Sabah perlu memberi peluang kepada kepimpinan sedia ada untuk meneruskan agendanya demi kemakmuran dan masa depan rakyat negeri itu.

Kepimpinan yang baik sekarang ini perlu diteruskan kerana ia memerlukan kesinambungan supaya hasilnya dapat dinikmati oleh masyarakat dan rakyat keseluruhannya, katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain