suria

Sisa Nadir Bumi Boleh Dijual Di M’sia Jika Lynas Tukar Jadi Produk Selamat - Ongkili

PUTRAJAYA: Sisa nadir bumi boleh dijual di Malaysia sekiranya Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) menukarkan ia menjadi produk komersial yang selamat, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Maximus Ongkili pada Selasa.

Sisa itu dianggap tidak lagi berbahaya, sekiranya pelepasan radiasi tidak melebihi 1 Becquerel (Bq) per gram, katanya, sambil menambah bahawa Malaysia mengamalkan standard yang lebih tinggi dalam keselamatan radiasi berbanding dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), katanya, mencadangkan tahap selamat radioaktif akan ditetapkan pada 5Bq per gram atau ke bawah.

Bagaimanapun, Ongkili menegaskan Lynas mesti mematuhi syarat-syarat Lesen Operasi Sementera (TOL) yang dikeluarkan kepadanya, bagi memindahkan semua sisa yang dijana oleh loji dari Malaysia, termasuk semua produk yang dibuat daripada sisa-sisa berkenaan.

“Pada peringkat pemprosesan itu, (jika) kadar radioaktif adalah di bawah 1 Bq per gram, maka ia tidak di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984.

“Ia hanya menjadi satu produk biasa dengan sisa biasa yang boleh digunakan untuk tujuan perindustrian.

“Jadi, ini adalah satu inovasi yang telah ditambah sebagai sebahagian daripada lesen itu dan mereka (Lynas) telah mengatakan bahawa mereka akan melakukannya, tetapi jika mereka tidak berbuat demikian, maka kita akan membatalkan lesen,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Konvensyen Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersialan kementerian di sini, Selasa.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Lynas berkata, ia akan menukar sisa pembersihan (WLP) yang mengandungi semula bagi bahan radioaktif, menjadi produk komersial yang selamat, yang dipanggil “agregat sintetik”.

Syarikat itu menegaskan bahawa Pengarah Urusannya, Mashal Ahmad berkata, agregat sintetik itu akan dieksport ke negara-negara lain seleras dengan piawaian antarabangsa dan tempatan serta peraturan-peraturan dan digunakan sebagai bahan kejuruteraan awam.

Lynas turut berkata, loji untuk menukar sisa WLP telah dibina di Lamp dan kini bersedia untum beroperasi.

Ongkili berkata, ia terpulang kepada Lynas untuk mencari pembeli yang berminat untuk produk yang dihasilkan daripada sisa nadir bumi yang diproses.

"(Isu Lynas) telah melalui jawatankuasa pilihan khas parlimen, seminar dan perundingan, apa lagi yang anda mahu saya lakukan kecuali untuk memastikan bahawa mereka mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan? Itu adalah tugas saya.

"Tetapi terdapat orang yang ‘sikit-sikit, kasi panas dan ‘olitik (menyebabkan kegemparan dengan mempolitikkan isu), kita tidak berminat mengenainya.

"1 Bq per gram adalah apa yang kuari hasilkan, di mana mereka menembak semua batu-batu," katanya.

Artikel Lain