suria

Penerima Pencen Ilat Tidak Perlu Kemuka Perakuan Tahunan Mulai 2013

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengumumkan bahawa penerima Pencen Ilat dan Faedah Hilang Upaya Kekal(BERKALA) tidak lagi perlu mengemukakan perakuan tahunan melalui Borang 117 bermula Januari depan.

Ketua Eksekutif Perkeso Datuk K. Selvarajah berkata peraturan baharu itu akan memudahkan 41,384 penerima Pencen Ilat dan 18,167 penerima Faedah Hilang Upaya Kekal yang sebelum ini perlu membuat pengisytiharan setiap tahun bagi membolehkan mereka terus menerima pencen dan faedah.

"Bagaimanapun peraturan itu tidak terpakai bagi penerima Pencen Penakat dan Faedah Orang Tanggungan yang perlu terus mengumumkan pengisytiharan kelayakan sebelum akhir tahun melalui Borang 117," katanya dalam kenyataan di sini.

Selvarajah berkata Borang 117 telah dihantar kepada semua penerima pada Oktober lalu selain boleh diperoleh di pejabat Perkeso berhampiran atau dimuat turun di laman web www.perkeso.gov.my atau menghubungi talian 03-42575755 untuk pertanyaan. BERNAMA

Artikel Lain