suria

Pelan Hala Tuju Untuk Industri Jualan Langsung Dilancar

KUALA LUMPUR: Satu pelan hala tuju dilancarkan untuk industri jualan langsung bagi membantu membangunkan dan meningkatkan lagi sumbangannya kepada ekonomi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelan tindakan itu akan bertindak sebagai "penggerak” kepada industri yang kini bernilai RM10 bilion

"Pelan tindakan ini, yang bermula tahun depan dan berakhir pada tahun 2020, terdiri daripada tiga fasa.

"Ia bertujuan untuk mempertingkatkan pembangunan modal insan, memperkukuhkan sistem penyampaian dan peraturan serta meningkatkan reputasi dan prestasi industri," katanya ketika melancarkan pelan hala tuju itu di sini, Selasa.

Ismail Sabri turut mengumumkan Anugerah Jualan Langsung akan diperkenalkan mulai tahun depan untuk mengiktiraf sumbangan industri kepada ekonomi.

Di bawah pelan itu, industri ini dijangka menggandakan jumlah jualan tahunan daripada RM10 bilion kepada RM20 bilion menjelang 2020.

Artikel Lain