suria

Bekas Pengarang Bersekutu The Star, Rohaizad Meninggal Dunia

Rohaizad Rahim
Rohaizad Rahim
Rohaizad Rahim

PETALING JAYA: Bekas Pengarang Bersekutu The Star, Rohaizad Abdul Rahim, yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha akhbar kepada bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, meninggal dunia pada Selasa, pada usianya 49 tahun.

Adik beliau, Razana Abdul Rahim berkata, Rohaizad diserang angin ahmar pada Khamis lepas dan dimasukkan ke Hospital Selayang.

Beliau telah pun dikeluarkan dari hospital pada hari berikutnya tetapi diserang penyakit itu pada tengah hari Selasa ketika berehat di rumah ibunya di Petaling Jaya.

Keluarganya memanggil paramedik tetapi tidak dapat menyedarkannya semula.

Rohaizad memulakan kerjayanya dalam kewartawanan di The New Straits Times, bekerja di Kuala Lumpur dan kemudiannya ke biro akhbar itu di Alor Setar.

Beliau selepas itu bertugas dengan Malay Mail sebelum berkhidmat di The Star.

Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Dalam Negeri apabila Abdullah memegang jawatan itu yang juga sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Rohaizad kembali bertugas di The Star sebagai Pengarang Bersekutu sebelum beliau memulakan perniagaannya sendiri.

Beliau meninggalkan seorang anak perempuan berusia 16 tahun.

Rohaizad dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kota Damansara pada petang Selasa.

Artikel Lain