suria

JPJ Pahang Kenal Pasti 59 Lokasi Pemasangan AES

KUANTAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang telah mengenal pasti 59 lokasi untuk pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)di negeri itu.

Pengarahnya Datuk Zakaria Man berkata lokasi pemasangan alat berkenaan melibatkan tujuh lokasi lampu isyarat dan 52 bagi had laju.

Unit AES terbabit bagaimanapun akan dialih ke lokasi lain jika kadar kemalangan di kawasan asal sudah terkawal, katanya kepada pemberita, di sini, Isnin.

"Pemasangan AES itu juga seperti yang sedia maklum akan diletakkan papan tanda untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai kewujudan alat berkenaan. "Ini akan dapat memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya tentang keselamatan mereka kerana kita tahu pengguna akan memperlahankan kenderaan di lokasi-lokasi yang mempunyai alat pengawasan itu," katanya.

Beliau juga yakin pemasangan alat berkenaan sekurang-kurangnya dapat menangani kelakuan kurang sopan pengguna jalan raya. -BERNAMA

Artikel Lain