suria

Pesta Bot Naga Dihentikan Selepas Seorang Pegawai Hilang

GEORGE TOWN: Seorang pegawai teknikal yang hilang semasa waktu rehat tengah hari telah memaksa penganjur Perlumbaan Pesta Bot Naga Pulau Pinang 2012 menamatkan persaingan.

Pegawai tersebut, yang hanya dikenali sebagai Jacob Issac Fletcher, 19, dipercayai telah berenang di Empangan Teluk Bahang, satu jam di antara waktu rehat.

Pihak penganjur menyedari dia telah hilang hanya apabila semua pegawai melaporkan kepada urusetia selepas makan tengah hari.

Pengumuman dan banyak panggilan telefon telah dibuat untuk menghubungi Fletcher tetapi tidak berjaya.

Hanya 15 daripada 25 perlumbaan yang bertanding sebelum kejadian itu.

Polis marin, tentera laut dan bomba masih mencari untuk Fletcher.

Artikel Lain