Perlaksanaan Umur Persaraan Sektor Swasta Terlalu Lambat - Zainal Rampak - Semasa | mStar

Perlaksanaan Umur Persaraan Sektor Swasta Terlalu Lambat - Zainal Rampak

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan umur persaraan sektor swasta kepada 60 tahun mulai 1 Julai 2013 adalah terlalu lambat dan kementerian berkaitan dilihat terlalu berlembut dengan tuntutan majikan, kata bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Tan Sri Zainal Rampak.

Beliau berkata sikap terlalu bertolak ansur Kementerian Sumber Manusia yang membenarkan majikan swasta memohon penangguhan sebelum 28 Feb 2013 adalah satu tindakan yang mengecewakan.

"Kenapa kementerian melengah-lengahkan pelaksanaan umur persaraan ini, golongan pekerja swasta harus diberi penghargaan untuk tempoh perkhidmatan mereka yang lama.

"Pekerja swasta juga adalah aset kepada sebuah organisasi kerana mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kerjaya mereka," katanya kepada Bernama ketika mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam semalam bahawa keputusan itu dibuat selepas perbincangan tiga hala bersama wakil majikan, pekerja dan pelbagai agensi kerajaan berkaitan.

Zainal, Presiden MTUC dari 1986 hingga 1990, berkata jangka hayat dan tahap kesihatan warga Malaysia sekarang adalah lebih baik berbanding dahulu dengan lelaki mencapai usia 78 tahun dan wanita sehingga 75 tahun.

Akta Umur Persaraan Minimum 2012 menetapkan umur persaraan minimum pekerja sektor swasta ialah 60 tahun, dan majikan tidak boleh memaksa pekerja bersara sebelum mencapai usia itu.

Pada masa sama, akta itu tidak menghalang seseorang pekerja memilih untuk bersara awal, berdasar apa yang termaktub dalam kontrak perkhidmatan atau perjanjian bersama (CA).

Akta itu diluluskan Parlimen 17 Julai lepas dan diwarta pada 16 Ogos tahun ini.

Zainal, yang kini Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia (TWU), berkata pekerja swasta adalah 'wira tak didendang' dan perlu diberi penghargaan oleh kerajaan dengan mengiktiraf kesetiaan serta perkhidmatan mereka seperti amalan di Jepun dan Korea Selatan.

Beliau juga berkata kebanjiran pekerja warga asing diakui membantu merancakkan pembangunan negara namun gaji mereka akan mengalir ke luar negara.

Justeru, katanya, kerajaan perlu memberi perhatian serius terhadap kebajikan pekerja swasta serta tidak mengutamakan kemasukan warga asing manakala majikan swasta tidak harus memberi alasan gaji mereka lebih murah selain prosedur pekerjaannya lebih mudah kerana tidak perlu mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?