suria

Pejabat JPJ Cawangan PJ Ditutup Sementara Pada Isnin

KUALA LUMPUR: Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Petaling Jaya, Selangor tidak akan beroperasi buat sementara waktu pada Isnin.

Menurut kenyataan JPJ Selangor, Ahad, penutupan itu berpunca daripada gangguan bekalan elektrik berikutan kerja membaik pulih bangunan yang sedang dijalankan.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin berurusan boleh mengunjungi pejabat JPJ berhampiran iaitu cawangan Shah Alam, Bangi atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. - BERNAMA

Artikel Lain